MAJLIS PEMBERIAN INSENTIF DAN CENDERAHATI KEPADA PESARA TAHUN 2024 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAK

30 Oktober 2025, Ipoh – Majlis Pemberian Insentif dan Cenderahati kepada Pesara Kerajaan Negeri Perak bagi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Perak.
 
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato’ Haji Ishak, dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah I, Puan Ir. Hajah Azizah binti Mohd Sabri dan Encik Poh Chee Chin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Saliran Bandar dan Tebatan Banjir.
 
Seramai 50 orang pesara telah menerima insentif dan cenderahati sebagai tanda penghargaan atas jasa serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan di JPS Negeri Perak.
Penganjuran majlis ini merupakan manifestasi penghargaan dan ucapan terima kasih jabatan kepada para pesara yang telah menabur bakti, dedikasi serta komitmen tinggi dalam memperkukuh perkhidmatan awam khususnya di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak.

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini262
  • Semalam176
  • Minggu Ini3801
  • Bulan Ini10098
  • Keseluruhan130079
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 14 May 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak