30 Oktober 2025, Ipoh – Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak Bilangan 4 Tahun 2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Negeri Perak.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah JPS Negeri Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato’ Haji Ishak, dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah I, Puan Ir. Hajah Azizah binti Mohd Sabri, Ketua-ketua Bahagian, Jurutera Daerah, Penolong Jurutera Daerah, serta pegawai-pegawai JPS Negeri Perak.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi menilai kemajuan pelaksanaan program dan projek jabatan, memastikan perbelanjaan peruntukan dilaksanakan dengan teratur, serta memantau pelaksanaan perancangan tahun semasa agar berjalan selaras dengan jadual dan objektif yang telah ditetapkan.