KURSUS ASAS CRITICAL PATH METHOD (CPM) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAK

11–12 November 2025, Kuala Lumpur– Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Asas Critical Path Method (CPM) yang telah berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Kursus selama dua hari ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak dan telah disertai seramai 70 orang pegawai serta kakitangan JPS Negeri Perak.
 
Sesi taklimat dan perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Ir. Ts. Mohd Hafiz bin Shafie, Jurutera Awam, Unit Projek Khas Zon Utara, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia selaku penceramah, bersama-sama Profesor Madya Ts. Gs. Dr. Muhamad Azani Yahya, Pengarah Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selaku fasilitator.
 
Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran warga JPS Negeri Perak dalam perancangan serta pengurusan projek menggunakan kaedah Critical Path Method ke arah meningkatkan kecekapan pelaksanaan projek di peringkat jabatan.

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini499
  • Semalam731
  • Minggu Ini4699
  • Bulan Ini5725
  • Keseluruhan125706
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 08 May 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MyPublicInfoBanjir