17 November 2025, Teluk Bahang - Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam (INTAP) Negeri Perak telah hadir bersama isteri ke Majlis Makan Malam Persidangan Jurutera dan Program Pemantapan Organisasi yang diadakan di Bahang Bay Hotel, Pulau Pinang.
Bertemakan pakaian denim, seramai 80 orang jurutera di bawah Pengerusi INTAP telah turut bersama-sama memeriahkan majlis makan malam ini. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin dan diteruskan dengan sesi makan malam dan persembahan daripada jurutera-jurutera JPS, JKR, LAP dan TNB.