23 Disember 2025, Ipoh - Pagi tadi telah berlangsungnya majlis penyerahan projek oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia kepada jabatan bukan teknik (AP182) di bawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Negeri Perak Darul Ridzuan di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat JPS Perak.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ir. Mohd Sha’ri bin Mohammed, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia ; Yang Berusaha Ir. Hezrin Haslinda binti Hashim Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengairan Dan Saliran Pertanian (BPSP) Selaku Wakil Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ; Yang Berusaha Harulnizam bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak ; Yang Berusaha Ir. Ts. Zakiyyah binti Muhammad, Pengarah Bahagian Rekabentuk Dan Empangan, Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia ; Yang Berusaha Ir. Asnol Adzhan bin Abdul Manap Pengarah Bahagian Korporat Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia dan Yang Berusaha Zamzamzurina binti Zainun Timbalan Pengarah II, JPS Negeri Perak.
Penyerahan tiga (3) projek siap yang telah dilaksanakan oleh JPS Malaysia kepada agensi pemilik adalah projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Rumah Pam Padang Lalang Kerja Berkaitan di dalam Rancangan Pengairan Kerian, Perak Darul Ridzuan ; Pembinaan Spillway Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Ban Aras Tinggi Terusan Besar Di Dalam Rancangan Pengairan Kerian, Perak Darul Ridzuan dan Projek Jambatan Sungai Bekut Kampung Orang Asli Sungai Cincin, Perak Darul Ridzuan.