LAWATAN KERJA BERKAITAN KEPERLUAN ANJAKAN PEMBANGUNAN KOLAM TERNAKAN UDANG / IKAN DI PESISIR PANTAI

6 Januari 2026, Kerian – Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato’ Hj. Ishak, telah turun padang bagi meninjau kawasan persisiran pantai di Daerah Kerian bagi keperluan anjakan pembangunan kolam ternakan udang dan ikan.
 
Lawatan ini bertujuan menilai keadaan semasa kawasan pesisir pantai serta mengenal pasti keperluan teknikal dan kesesuaian anjakan pembangunan kolam ternakan bagi memastikan kelestarian alam sekitar, keselamatan pantai dan kesejahteraan komuniti setempat.
 
Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian, Encik Helmi bin Yusof @ Jusoh, Jurutera Daerah JPS Kerian, Ir. Mohd Fisham bin Abu Basah, Penolong Jurutera Daerah JPS Kerian, Ts. Ir. Mohamad Syamsul Hizham bin Sablee, serta pegawai-pegawai daripada agensi berkaitan.

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini65
  • Semalam739
  • Minggu Ini3611
  • Bulan Ini13271
  • Keseluruhan133252
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 21 May 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak