MESYUARAT PRA-PEMBINAAN PROJEK RTB SUNGAI KINTA FASA 2

7 Januari 2026, Ipoh - Satu mesyuarat Kick-Off, penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor serta Mesyuarat Pra-Pembinaan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kinta Fasa 2 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Perak.
 
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato Hj. Ishak, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak; Pn. Khairul Fazilah, Bahagian Pengurusan Banjir (BPB), JPS Malaysia selaku wakil pemilik projek; Puan Ir. Hajah Azizah binti Mohd Sabri Timbalan Pengarah I JPS Perak; Puan Ir. Salfarina binti Mohd Sharif, Jurutera Daerah Kinta/Batang Padang; wakil RPM Engineer serta Pegawai PPP JPS Perak.
 
Projek RTB Sungai Kinta Fasa 2 melibatkan kerja-kerja menaiktaraf Sungai Kinta, Sungai Pari dan Sungai Pinji serta kerja-kerja lain yang berkaitan. Objektif utama projek ini adalah untuk mengurangkan risiko banjir melibatkan kira-kira 10,000 penduduk dengan tahap perlindungan banjir sehingga 50 tahun ARI dalam Lembangan Sungai Kinta. Tempoh pelaksanaan projek ini adalah selama 48 bulan.

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini65
  • Semalam739
  • Minggu Ini3611
  • Bulan Ini13271
  • Keseluruhan133252
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 21 May 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak