SESI TESTING & COMMISIONING PROJEK MENAIKTARAF INFRASTRUKTUR MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL UNTUK KAWALAN BANJIR PINTU AIR BAGAN LIPAS DALAM DAN BAGAN LIPAS LUAR, DAERAH BAGAN DATUK

13 Januari 2026, Bagan Datuk - Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak telah melaksanakan sesi Testing & Commissioning bagi Projek Menaiktaraf Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal untuk Kawalan Banjir di Pintu Air Bagan Lipas Dalam dan Pintu Air Bagan Lipas Luar, Daerah Bagan Datuk.
 
Sesi Testing & Commissioning ini telah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal JPS Negeri Perak, Ir. Baharudin bin Ibrahim, bersama Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal JPS Negeri Perak, Encik Muhd Zulkifli bin Idris, serta Penolong Jurutera Daerah Bagan Datuk, Encik Nor Rahmat bin Zainudin.
 
Turut hadir ialah wakil kontraktor daripada Macro Dynamics, serta pegawai-pegawai daripada JPS Negeri Perak dan JPS Daerah Bagan Datuk. Sesi pengujian ini bertujuan memastikan sistem mekanikal dan elektrikal yang dinaiktaraf berfungsi dengan baik, selamat serta memenuhi spesifikasi teknikal yang ditetapkan sebelum ia digunakan sepenuhnya bagi tujuan kawalan banjir.

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini65
  • Semalam739
  • Minggu Ini3611
  • Bulan Ini13271
  • Keseluruhan133252
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 21 May 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak