LAWATAN KERJA OLEH PEGAWAI KHAS KEPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI II KE PANTAI REMIS, PERAK

27 Februari 2026, Pantai Remis - Pagi ini telah berlangsung satu sesi lawatan tapak oleh Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri II, YB Neow Choo Seong ke muara Sungai Beruas dan muara Sungai Batu di Pantai Remis.
 
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ahli Parlimen Beruas, YB Dato’ Ngeh Koo Ham; ADUN Pantai Remis, YB Wong May Ing; Jurutera Daerah Manjung, Puan Nur Ain binti Alias; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Korporat, Ir. Mohd Shamimi bin Mohd Tahir; Penolong Jurutera Daerah, Ts. Saiful Adli bin Samsudin serta pegawai-pegawai daripada agensi berkaitan.
 
Lawatan ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan yang berlaku di kawasan terlibat, khususnya di muara sungai yang berisiko mengalami hakisan dan mendapan, di samping menilai keperluan pelaksanaan langkah-langkah mitigasi yang bersesuaian bagi mengurangkan risiko banjir dan mempermudahkan keluar masuk bot-bot nelayan pada masa hadapan.

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini65
  • Semalam739
  • Minggu Ini3611
  • Bulan Ini13271
  • Keseluruhan133252
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 21 May 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak