MAJLIS IFTAR PENGARAH BERSAMA WARGA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAK DAN PERTUBUHAN BAITUL AINI, IPOH

13 Mac 2026, Ipoh – Warga Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak pada hari ini berpeluang berkumpul bersama sempena Majlis Iftar bersama Pengarah, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak, serta anak-anak yatim dari Pertubuhan Baitul Aini, Ipoh. Majlis ini dianjurkan oleh MAKSAK JPS Perak dengan kerjasama JPS Daerah Kinta/Batang Padang.
 
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Pengurusan), Puan Ir. Azizah binti Mohd Sabri, Ketua-Ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Daerah, Timbalan Jurutera Daerah serta seluruh warga kerja JPS Negeri Perak. Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada JPS Daerah Kinta/Batang Padang atas kesudian menjadi tuan rumah bagi penganjuran majlis pada tahun ini.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah, diikuti penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim, tazkirah Ramadan, seterusnya solat Maghrib berjemaah dan majlis berbuka puasa bersama-sama.

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini65
  • Semalam739
  • Minggu Ini3611
  • Bulan Ini13271
  • Keseluruhan133252
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 21 May 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak