16 Mac 2026, Ipoh - Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Siri 2 Tahun 2026 telah diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Pengarah JPS Negeri Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak, telah hadir ke program ini serta diiringi oleh Jurutera Daerah JPS Kinta/Batang Padang, Puan Ir. Salfarina binti Mohd Sharif dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Korporat dan Pengurusan Maklumat, Ir. Mohd Shamimi bin Mohd Tahir.
JPS Negeri Perak berada di Kaunter G, di bawah naungan Yang Berhormat Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar bin Jamaluddin, Pengerusi Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam telah menerima sebanyak 2 aduan pada sesi kali ini.