SESI LAPOR DIRI DAN TAKLIMAT RINGKAS JURUTERA AWAM BAHARU JPS NEGERI PERAK
1 April 2026, Ipoh – Pada pagi tadi telah berlangsung sesi lapor diri serta taklimat ringkas kepada Jurutera Awam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak yang baharu melapor diri pada 1 April 2026 kepada Pengarah JPS Negeri Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato’ Haji Ishak. Sesi tersebut diadakan bagi memperkenalkan pegawai baharu kepada pihak pengurusan jabatan di samping memberi penerangan ringkas berkaitan fungsi jabatan, hala tuju organisasi serta tanggungjawab yang bakal dipikul dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan.
Diharapkan dengan kehadiran pegawai baharu ini dapat memperkukuhkan lagi peranan JPS Negeri Perak dalam melaksanakan perkhidmatan yang berkualiti serta menyumbang kepada pembangunan dan pengurusan sumber air serta sistem saliran di Negeri Perak.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak dengan sukacitanya mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Jurutera Awam yang telah melapor diri pada 1 April 2026 iaitu :
1. 𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐀𝐙𝐈𝐑𝐔𝐋 𝐇𝐀𝐙𝐈𝐌𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐇𝐔𝐒𝐀𝐈𝐍 (Jurutera J10) 𝘑𝘶𝘳𝘶𝘵𝘦𝘳𝘢 𝘋𝘢𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘉𝘢𝘨𝘢𝘯 𝘋𝘢𝘵𝘶𝘬
2. 𝐈𝐑. 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐀𝐃 𝐇𝐀𝐅𝐈𝐙𝐔𝐋 𝐁𝐈𝐍 𝐇𝐀𝐌𝐈𝐃 (Jurutera J10) 𝘑𝘶𝘳𝘶𝘵𝘦𝘳𝘢 𝘋𝘢𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘉𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘗𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨.
3. 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐔𝐑 𝐀𝐙𝐔𝐑𝐀 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐀𝐃, (Jurutera J10) 𝘑𝘶𝘳𝘶𝘵𝘦𝘳𝘢 𝘋𝘢𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘒𝘢𝘮𝘱𝘢𝘳.
4. 𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐊𝐀𝐌𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐍𝐎𝐇, (Jurutera J10) 𝘑𝘶𝘳𝘶𝘵𝘦𝘳𝘢 𝘋𝘢𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘏𝘶𝘭𝘶 𝘗𝘦𝘳𝘢𝘬.
5. 𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐄𝐃 𝐑𝐈𝐙𝐀𝐋 𝐁𝐈𝐍 𝐒𝐀𝐋𝐈𝐌, (Jurutera J10) 𝘑𝘶𝘳𝘶𝘵𝘦𝘳𝘢 𝘈𝘸𝘢𝘮, 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘶𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘚𝘶𝘮𝘣𝘦𝘳 𝘈𝘪𝘳 𝘥𝘢𝘯 𝘏𝘪𝘥𝘳𝘰𝘭𝘰𝘨𝘪.