8 Mei 2026, Cyberjaya - Komuniti River Ranger Sungai Terap (KRT Sg Terap) telah hadir ke Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia untuk membuat pembentangan bagi AKSA 2026. Turut hadir sama adalah Jurutera Daerah JPS Daerah Kinta, Ir. Salfarina binti Mohd Sharif bagi memberikan sokongan terhadap pembentangan tersebut.
Untuk rekod, komuniti ini telah ditubuhkan pada tahun 2022 bagi penjagaan sungai & alam sekitar terutamanya melibatkan Sungai Kinta. Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh komuniti ini adalah pemantauan sungai secara berkala, program gotong-royong, program world clean up day dan lain-lain lagi. Semoga usaha ini dapat diteruskan dan mencapai kejayaan pada masa akan datang.