MESYUARAT PENGERUSI JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR, TENAGA, AIR DAN PENGANGKUTAN AWAM (INTAP) TAHUN 2026

11 Mei 2026, Kampar - Satu sesi Mesyuarat Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak Tahun 2026 telah dipengerusikan oleh YB Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam telah diadakan di Grand Kampar Hotel, Kampar.
 
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ketua-ketua jabatan dan wakil jabatan dibawah Portfolio INTAP seperti JPS, JKR, LAP, TNB, JPJ, KUDR, KTMB, LPSA, IWK, Perak Transit dan APAD.
 
JPS Negeri Perak pula telah diketuai oleh PPSN, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak ; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sumber Air dan Hidrologi, Ir. Fisham bin Abu Basah ; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Korporat dan Pengurusan Maklumat, Ir. Mohd Shamimi bin Mohd Tahir serta Jurutera Daerah Kampar, Puan Nur Azura binti Muhamad.
 
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyediakan platform perbincangan dan penyelarasan antara semua jabatan dan agensi di bawah portfolio INTAP, khususnya dalam membincangkan isu-isu serta perkara-perkara berkaitan infrastruktur, tenaga, air dan pengangkutan awam di Negeri Perak.

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini64
  • Semalam739
  • Minggu Ini3610
  • Bulan Ini13270
  • Keseluruhan133251
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 21 May 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak