SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI PERAK DAN PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR

12 Jun 2026, Ipoh - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak telah menerima kunjung hormat daripada Pengarah Negeri FELCRA Berhad Perak, YBhg. Tuan M. Zaful Anuar bin Zulkifli di Bilik Mesyuarat Utama , JPS Perak bagi membincangkan beberapa perkara berkepentingan bersama melibatkan pembangunan dan pengurusan kawasan FELCRA di negeri ini.
 
Kunjungan tersebut bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi serta membincangkan beberapa isu dan cadangan berkaitan projek pembangunan FELCRA, antaranya :

  1. Ulasan jabatan bagi permohonan Kelulusan Merancang (KM) Projek Ternakan Ayam Sistem Tertutup FELCRA Berhad di Sri Perkasa, Mukim Hutan Melintang, Daerah Bagan Datuk;
  2. Bidang kuasa penyelenggaraan parit-parit JPS di dalam kawasan ladang FELCRA Berhad; dan
  3. Status rezab-rezab JPS di dalam kawasan milik FELCRA Berhad.
JPS Negeri Perak amat menghargai inisiatif dan komitmen FELCRA Berhad Perak dalam memperkukuhkan kerjasama antara agensi demi memastikan pembangunan yang terancang, mampan serta mematuhi keperluan pengurusan sumber air dan saliran di negeri Perak.
 
Semoga perbincangan ini menjadi platform yang bermanfaat dalam mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan pembangunan negeri secara berterusan.

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini740
  • Semalam757
  • Minggu Ini4937
  • Bulan Ini11575
  • Keseluruhan150873
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 16 June 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak