LAWATAN KERJA PENGERUSI JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR, TENAGA, AIR DAN PENGANGKUTAN AWAM (INTAP) NEGERI PERAK KE NEGERI SARAWAK

08 Disember 2025, Kuching – Dato’ Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam (INTAP) Negeri Perak, telah mengetuai delegasi lawatan kerja INTAP ke Bandaraya Kuching, Sarawak.
 
Lawatan kerja ini telah disertai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak (JPS), Jabatan Kerja Raya Negeri Perak (JKR) , Lembaga Air Perak (LAP), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) serta Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak (JPJ).
 
Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi melihat, menilai serta mempelajari amalan terbaik berkaitan pembangunan infrastruktur, pengurusan sumber air, tenaga, sistem pengangkutan awam serta sistem pengurusan projek yang dilaksanakan di Negeri Sarawak, khususnya di sekitar Bandaraya Kuching. Diharapkan lawatan ini dapat memberi nilai tambah serta input berguna ke arah penambahbaikan perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan di Negeri Perak.

Statistik Pelawat

  • Hari Ini495
  • Semalam577
  • Minggu Ini4629
  • Bulan Ini21005
  • Keseluruhan28749
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 23 December 2025.

© 2025 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MyPublicInfoBanjir