15 Disember 2025, Ipoh – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak telah menjemput Tuan Ir. Dr. Herman bin Tawil dan Encik Mohd Aizat bin Mohd Hanif daripada Bahagian Pengurusan Banjir, JPS Malaysia bagi menyampaikan taklimat berkenaan Pelan Mitigasi Banjir di dalam Lembangan Sungai Perak.
Taklimat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah II, Puan Zamzamzurina binti Zainon, dan turut dihadiri oleh Ketua-ketua Bahagian, Jurutera-jurutera Daerah serta pegawai-pegawai JPS Negeri Perak.
Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan keselarasan perancangan dalam pengurusan risiko banjir, khususnya dalam aspek perancangan tebatan banjir, kesiapsiagaan bencana serta pelaksanaan langkah-langkah mitigasi yang lebih berkesan di dalam Lembangan Sungai Perak.