MESYUARAT PEMANTAUAN KPI PENGURUSAN YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK BIL. 1/2026

18 Januari 2026, Ipoh – Mesyuarat Pemantauan KPI Pengurusan di bawah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bil. 1/2026 telah diadakan pada 15 Januari 2026 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Aras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan), dan disertai oleh Ketua-ketua Jabatan serta pegawai daripada jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Perak.
 
Fokus utama mesyuarat adalah bagi memantau pencapaian serta pelaksanaan 16 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pengurusan di bawah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. KPI ini merangkumi aspek pengurusan sumber manusia, kewangan, pengurusan aduan awam serta penyampaian perkhidmatan, selaras dengan sasaran yang telah ditetapkan sejak tahun-tahun sebelumnya.
 
Dalam mesyuarat tersebut, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak telah mencatatkan pencapaian cemerlang apabila berjaya merangkul lima (5) anugerah, iaitu:
 
1. Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
2. Pematuhan Terhadap Kriteria Pemantauan Laman Web Dan Servis Kerajaan (SPLaSK)
3. Pencapaian 100% Pegawai Menghadiri 3 Hari Berkursus
4. Pengauditan Nilai (SPAN)
5. PTJ Terbaik Prestasi Bil. 14 Hari (JPS Daerah Kerian)
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja JPS Negeri Perak atas komitmen, dedikasi serta usaha berterusan sepanjang tahun 2025 dalam memastikan kecemerlangan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan jabatan.

Statistik Pelawat

  • Hari Ini365
  • Semalam706
  • Minggu Ini3883
  • Bulan Ini2395
  • Keseluruhan58150
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 03 February 2026.

© 2025 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MyPublicInfoBanjir