MESYUARAT PRA-PEMBINAAN PROJEK MEMBINA JAMBATAN SUNGAI RUI DAN JAMBATAN SUNGAI BERUK DI KAMPUNG PADANG STANG, HULU PERAK, PERAK

20 Januari 2026, Ipoh - Satu sesi penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor serta Mesyuarat Pra-Pembinaan Projek Membina Jambatan Sungai Rui dan Jambatan Sungai Beruk di Kampung Padang Stang, Hulu Perak telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Perak.
 
Mesyuarat telah dihadiri oleh YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato Hj. Ishak, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak; Puan Zamzamzurina binti Zainun, Timbalan Pengarah II JPS Perak; En. Ahmad Azizi bin Ariffin, Jurutera Daerah JPS Kuala Kangsar / Hulu Perak; wakil dari pihak perunding serta pegawai-pegawai dari Bahagian dan juga dari daerah.
 
Projek Membina Jambatan Sungai Rui dan Jambatan Sungai Beruk merupakan projek di bawah AP182 yang mana pemilik projek adalah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Objektif utama projek ini adalah menggantikan 2 buah jambatan yang rosak kepada yang baru dan lebih sesuai dengan kegunaan pada masa kini. Tempoh pelaksanaan projek ini adalah selama 24 bulan.

Statistik Pelawat

  • Hari Ini365
  • Semalam706
  • Minggu Ini3883
  • Bulan Ini2395
  • Keseluruhan58150
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 03 February 2026.

© 2025 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MyPublicInfoBanjir