29 Januari 2026, Ipoh - Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Siri 1 Tahun 2026 anjuran SUK Negeri Perak telah diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak berada di Kaunter G di bawah Portfolio Yang Berhormat Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar bin Jamaluddin, Pengerusi Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam.
JPS Negeri Perak telah diketuai oleh YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak, Pengarah JPS Perak dan diiringi Jurutera Daerah Kinta, Puan Salfarina binti Shariff serta Penolong Pengarah Kanan Bahagian Korporat, Ir. Mohd Shamimi Mohd Tahir.