MAJLIS AMANAT PENGARAH SERTA MAJLIS APRESIASI BARISAN ATLET KARNIVAL SUKAN JPS DAN KONTINJEN KAWAD JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAK TAHUN 2025

3 Februari 2026, Ipoh – Majlis Amanat Pengarah serta Majlis Apresiasi Barisan Atlet Karnival Sukan JPS dan Kontinjen Kawad Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Casuarina, Meru. Majlis ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan, Ketua-ketua Bahagian, Jurutera-jurutera Daerah, Penolong Jurutera Daerah serta warga kerja Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak yang terlibat.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak, diikuti dengan tayangan montaj, sebelum diteruskan dengan amanat yang telah disampaikan oleh Pengarah JPS Negeri Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato’ Haji Ishak.
 
Majlis apresiasi ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada barisan atlet serta kontinjen kawad JPS Negeri Perak atas komitmen, disiplin dan pencapaian cemerlang yang telah mengharumkan nama jabatan sepanjang Tahun 2025. Turut diraikan ialah daerah dan bahagian yang terlibat dalam penganjuran program di peringkat negeri dan kebangsaan.

Statistik Pelawat

  • Hari Ini365
  • Semalam706
  • Minggu Ini3883
  • Bulan Ini2395
  • Keseluruhan58150
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 03 February 2026.

© 2025 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MyPublicInfoBanjir