LAWATAN TEKNIKAL SISTEM SERTA KOMPONEN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL EMPANGAN GOPENG

12 Februari 2026, Gopeng - Lawatan teknikal berkaitan sistem serta komponen Mekanikal dan Elektrikal (M&E) telah diadakan di Empangan Gopeng. Lawatan ini telah dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) Cawangan Ipoh dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak.
 
Lawatan ini diketuai oleh En. Normi Sharizal bin Miswan, Ketua Penolong Pengarah (BPME Ipoh) dan turut dihadiri oleh En. Muhd Zulkifli bin Idris (BPME JPS Perak) bersama pegawai-pegawai dari BPME Ipoh dan JPS Negeri Perak.
Tujuan utama lawatan adalah untuk menyemak laporan penyelenggaraan berkala sistem dan peralatan M&E serta mengenal pasti komponen-komponen mekanikal dan elektrikal yang terlibat dalam operasi empangan.
 
Secara keseluruhannya, lawatan ini memberi pendedahan teknikal yang menyeluruh berkaitan pengoperasian sistem M&E di Empangan Gopeng serta membantu memperkukuh pemahaman dan penyelarasan antara pihak yang terlibat dalam aspek penyelenggaraan dan operasi.
empangangopeng

Statistik Pelawat

  • Hari Ini280
  • Semalam774
  • Minggu Ini4653
  • Bulan Ini19750
  • Keseluruhan75505
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 27 February 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MyPublicInfoBanjir