2 Mac 2026, Bagan Datuk – Satu sesi libat urus melibatkan jajaran baharu Projek Rancangan Tebatan Banjir Bagan Datuk telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Masjid Tuminah, Bagan Datuk.
Sesi ini melibatkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia yang telah dihadiri oleh Pengarah Pengurusan Banjir, Puan Ir. Marenawati binti Abd. Malek; Orang Besar Jajahan Daerah Bagan Datuk, YDH. Toh Seri Lela Paduka Dato’ Dr. Khalid bin Ismail; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Dato’ Shahrul Zaman bin Yahya; Pegawai Daerah dan Tanah Bagan Datuk, Tuan Nazrul Fazami bin Mohamad; wakil-wakil ketua jabatan berkaitan serta sebahagian wakil penduduk setempat.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Pengurusan JPS Perak, Puan Ir. Hajah Azizah binti Mohd. Sabri ; Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Banjir JPS Perak, Encik Poh Chee Chin serta Penolong Jurutera Daerah Bagan Datuk, Encik Nor Rahmat bin Zainudin.