10 Mac 2026, Ipoh – Warga Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak pagi tadi telah menjayakan program gotong-royong sempena Program Memasak dan Agihan Bubur Lambuk anjuran Kelab Sukan Ibu Pejabat (KESIP).
Program ini telah dijalankan di Kafe Bangunan Seri Perak, Darul Ridzuan dan dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah JPS Perak, Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato’ Haji Ishak, yang turut meluangkan masa untuk mengagihkan bubur lambuk kepada warga kerja Ibu Pejabat JPS Perak.
Penganjuran program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat Ramadan, malah mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga jabatan melalui aktiviti gotong-royong dan semangat kebersamaan.