2 April 2026, Ipoh – Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri (PPSN) Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak telah menerima kunjungan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri II, YB Neow Choo Seong bagi membincangkan isu navigasi di Muara Sungai Beruas.
Turut hadir dalam sesi perbincangan tersebut ialah Timbalan Pengarah (Pengurusan) JPS Negeri Perak, Puan Ir. Hjh. Azizah binti Mohd Sabri, Jurutera Daerah Manjung, Puan Nur Ain binti Alias serta Penolong Pengarah Kanan Bahagian Korporat dan Pengurusan Maklumat, Encik Mohd Shamimi bin Mohd Tahir.