LAWATAN DAN PEMAKLUMAN CADANGAN KERJA JANGKA PENDEK MUARA SUNGAI BERUAS, PANTAI REMIS, DAERAH MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN

13 April 2026, Pantai Remis – Pada pagi ini telah berlangsung satu sesi lawatan tapak oleh Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri II, YB Neow Choo Seong ke Muara Sungai Beruas dan Muara Sungai Batu, Pantai Remis.
 
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ahli Parlimen Beruas, YB Dato’ Ngeh Koo Ham; ADUN Pantai Remis, YB Wong May Ing; Jurutera Daerah Manjung, Puan Nur Ain binti Alias; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Korporat, Ir. Mohd Shamimi bin Mohd Tahir; Penolong Jurutera Daerah, Ts. Saiful Adli bin Samsudin serta pegawai-pegawai daripada agensi berkaitan.
 
Isu pemendapan di muara sungai ini adalah disebabkan oleh pemendapan pasir laut hasil daripada pergerakan arus laut serta fenomena pasang surut. Selain itu, pemendapan pasir dan kelodak turut disumbangkan oleh aliran sedimen dari kawasan hulu Sungai Beruas dan Sungai Batu.
 
Sehubungan itu, bagi perancangan pelan tindakan jangka pendek, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bercadang untuk melaksanakan kerja-kerja mengorek pulih Muara Sungai Beruas dengan anggaran kos sebanyak RM1 juta, serta mengorek pulih Muara Sungai Batu dengan anggaran kos sebanyak RM600 ribu bagi memastikan aliran muara sungai lebih lancar serta mengurangkan masalah pemendapan.

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini606
  • Semalam768
  • Minggu Ini4839
  • Bulan Ini16535
  • Keseluruhan115924
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 24 April 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

Click Download > MyPublicInfoBanjir