TAKLIMAT DAN LAWATAN PEGAWAI KHAS MENTERI BESAR, DUN BOTA KE PROJEK MENAIKTARAF INFRASTRUKTUR PENGAIRAN SERTA KERJA-KERJA LAIN BERKAITAN DI SKIM PENGAIRAN NEGERI PERAK (PAM BOTA KIRI DAN RUMAH PAM PENDIAT – FASA 1)

22 April 2026, Perak Tengah – Satu lawatan tapak ke Projek Menaiktaraf Infrastruktur Pengairan di Pam Bota Kiri dan Rumah Pam Pendiat (Fasa 1) telah diadakan pada pagi tadi bersama Pegawai Khas Menteri Besar, Puan Sarah Syazwani Saari.

Lawatan ini turut disertai oleh wakil daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak yang diketuai oleh Ketua Jurutera Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal JPS Perak, Ir. Haji Roslan bin Hussin ; Jurutera Daerah JPS Perak Tengah, En. Zahid bin Zainal Abidin ; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal JPS Perak, Encik Muhd Zulkifli bin Idris, serta pegawai-pegawai daripada JPS Perak.

Lawatan ini bertujuan meninjau kemajuan pelaksanaan Projek Menaiktaraf Infrastruktur Pengairan di Pam Bota Kiri dan Rumah Pam Pendiat (Fasa 1) serta memberi penerangan kepada Pegawai Khas Menteri Besar berkaitan skop kerja serta status semasa projek.

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini606
  • Semalam768
  • Minggu Ini4839
  • Bulan Ini16535
  • Keseluruhan115924
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 24 April 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

Click Download > MyPublicInfoBanjir