YB Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam telah sudi merasmikan Majlis ini dan turut menyampaikan Anugerah kepada penerima. Mengiringi YB Dato' Seri, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak, Timbalan Pengarah, Jurutera-jurutera Daerah dan Ketua-ketua Bahagian.
Bertemakan JPS Airlines pada majlis tersebut, seramai 78 orang kakitangan JPS dari peringkat daerah dan peringkat bahagian telah di anugerahkan Perkhidmatan Cemerlang, 76 orang penerima Anugerah Terampil dan 40 orang bekas kakitangan yang telah bersara turut diraikan bersama. Tahniah diucapkan kepada semua penerima.