PENDAFTARAN KONTRAKTOR BAGI KERJA-KERJA UNDI SECARA ATAS TALIAN SESI 01/2026 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAK
Pastikan perkara-perkara berikut diberi perhatian sebelum mendaftar :
- Pendaftaran adalah dilaksanakan secara online sahaja melalui Code QR mengikut Daerah seperti yang disertakan di sini.
- Setiap Daerah mempunyai Code QR masing-masing.
- Mohon pastikan pendaftaran adalah betul dan tepat mengikut Daerah masing-masing.
- Kesilapan ketika pendaftaran berisiko pendaftaran akan ditolak oleh pihak urusetia.
- Kontraktor WAJIB mempunyai kedua-dua kod bidang iaitu kod bidang CIDB G1 : CE 21 dan kod bidang CIDB G1 : CE 36.
- Senarai kerja-kerja undi hanya akan dimaklumkan pada hari Proses Cabutan Undi sahaja iaitu pada 13 Julai 2026 (Isnin).
- Pendaftaran ini adalah menggunakan Google Form. Diwajibkan Sign-In emel Gmail terlebih dahulu sebelum mengisi pendaftaran.
- Semua proses dijalankan secara online sahaja dan tidak perlu hadir ke pejabat JPS Negeri Perak / JPS Daerah. Harap Maklum.