Selama, 2 Disember 2020 - YBhg. Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Pengarah JPS Negeri Perak mengiringi YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Kementerian Dalam Negeri dalam Majlis Sumbangan Mangsa Banjir di Kampung Teras, Kampung Bendang Luas dan Kampung Masjid Ijok, turut mengiringi En. Taquddin Azmy bin Zawawi, Jurutera Daerah JPS Daerah Larut, Matang dan Selama.
23 Mac 2021, Kuala Kangsar - Hari ini berlangsungnya Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Perak Fasa 1 – Living River – Bike Trail dari Chenderoh ke Jambatan Victoria, Daerah Kuala Kangsar, Perak oleh YB Dato’ Seri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air kepada YB Dato’ Haji Zolkafly bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan, mewakili YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Turut hadir sama memeriahkan majlis ialah YB Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, YBhg. Dato’ Ir. Nor Hisham bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah JPS Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Pengarah JPS Negeri Perak serta Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di Negeri Perak.
Kuala Kangsar, 26 Mac 2022 -Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia dan Jelajah Denai Sungai Tahun 2022 Peringkat Negeri Perak yang telah dirasmikan oleh YB Encik Mohd Akmal bin Kamaruddin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau mewakili YB Dato' Hj. Mohd Zolkafly bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak di Dataran Victoria, Karai Perak.
Muallim, 13 Jun 2023 -Pengarah Pengairan Dan Saliran Negeri Perak, Ir. Ts. Ahmad Shahrir Bin Md. Naziri telah sudi meluangkan masa bagi menghadiri Majlis Program Pengoperasian Sistem Mekanikal & Elektrikal Rumah Pam Sungai Berof bertempat di Rumah Pam Sungai Berof Daerah Muallim, Perak Darul Ridzuan.
Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Encik En. Ethan Law, Pegawai Khas Ahli Parlimen Tanjung Malim mewakili Menteri Tenaga Sains, Teknologi dan Inovasi. Yang Berhormat Puan Salina Binti Samsuddin, Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang. Yang Dihormati Toh Paduka Setia, Dato' Ir. Dr. Safry Kamal bin Hj Ahmad, Orang Besar Jajahan Muallim. Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi, Jurutera Daerah JPS dan JKR Daerah Kinta & Muallim.
Projek ini dilaksanakan dengan objektif untuk mengawal dan mengurangkan banjir yang sering berlaku terutama di kawasan perumahan dan juga kawasan perindustrian. Di samping itu juga, ianya bertujuan untuk memastikan air pembuangan dari longkang atau parit dapat mengalir ke sungai dengan lancar dan sempurna.
Ipoh, 18 Mei 2022 - Majlis Sambutan Hari Raya JPS Negeri Perak telah diadakan di Dataran Informasi JPS, Ipoh. Majlis ini telah diperkenan oleh DYTM Raja Muda Perak yang mencemar duli berangkat ke majlis ini beserta YAB Menteri Besar Perak, barisan ahli-ahli MMK Negeri Perak, barisan ahli-ahli Jawatan Negeri Perak dan Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
{module Tagging Broadcast}
27 April 2021, Ipoh - Majlis Sekalung Budi dan Seindah Kenangan telah diadakan di Hotel Symphony Suites, Ipoh sempena pertukaran YBhg. Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Pengarah JPS Negeri Perak yang akan bertukar ke JPS Malaysia, Kuala Lumpur menjawat jawatan Pengarah Pengurusan Banjir. Majlis berbuka puasa ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan JPS Perak termasuk dari daerah-daerah.