Portal Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JPS MALAYSIA KE 30

gambar1   gambar2  gambar3

Ipoh, 14 Jun 2022 - Persidangan Pengurus Kanan dan Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia yang ke 30 telah diadakan di negeri Perak dan dirasmikan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man. Ianya merupakan program tahunan yang bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada semua kakitangan Pengurusan dan Profesional (Gred J48 ke atas), Jurutera Daerah, Pegawai Kader dan Pegawai Perhubungan Awam berkumpul di samping berbincang dan menambah pengetahuan berhubung isu-isu semasa Jabatan. Persidangan kali ini dihadiri hampir 400 peserta dari seluruh Malaysia.

gambar4   gambar5  gambar6

gambar7   gambar8  gambar9

PERTANDINGAN HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (HBKIK) JPS MALAYSIA TAHUN 2024

gambar1    gambar2    gambar3

11 Jun 2024, Putrajaya -Pertandingan HBKIK JPS Malaysia Tahun 2024 diadakan di Dewan Serbaguna, Menara Usahawan, Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya bermula dari 10 Jun 2024 sehingga 14 Jun 2024. Pada tahun ini, JPS Daerah Larut Matang dan Selama melalui Kumpulan Raintown telah mewakili JPS Negeri Perak bertanding di peringkat JPS Malaysia dengan Produk Inovasi bernama Floating Waste Trap (FWT). Persembahan Inovasi Kumpulan Raintown ini turut disaksikan oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md Naziri dengan diiringi oleh Jurutera Daerah JPS Daerah Larut Matang dan Selama, Ir. Steven Poh Tze Wei serta pegawai-pegawai yang turut sama hadir pada program kali ini.

gambar4    gambar5    gambar6

gambar7    gambar8    gambar9

gambar10    gambar11    gambar12

 

 

PERTANDINGAN HORIZON BARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF JPS MALAYSIA 2019.

gambar1   gambar2   gambar3   

Kuala Lumpur, 12 September 2019 - Pertandingan Horizon Baru Kumpulan Inovatif dan Kreatif Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) Tahun 2019. JPS Perak telah menghantar dua(2) pasukan untuk bertanding iaitu Kumpulan K.I.C.A.P dari JPS Daerah Kinta/Batang Padang dan Kumpulan Task Force 19 dari JPS Daerah Kerian.

gambar5      gambar4      gambar6

PERTANDINGAN KAWAD HARI KEBANGSAAN 2019

gambar1   gambar2   gambar3   

Taiping, 31 Ogos 2019 - Alhamdullilah. JPS Perak menang Naib Johan Pertandingan Kawad Hari Kebangsaan 2019 kategori Jabatan Kerajaan dan Tempat Ketiga Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2019 kategori Bangunan Kerajaan/Swasta peringkat Negeri Perak.

gambar5      gambar4

PESTA BOLA MERDEKA 2020

gambar1   gambar2   gambar3

Ipoh, 15 September 2020 - Satu perlawanan persahabatan antara JPS Perak dan MB Inc. sempena Pesta Bola Merdeka 2020 telah diadakan di Padang Bola Sepak, Taman D.R. Seenivasagam. Team JPS Perak berjaya menjaringkan 2 gol dan seterusnya mengalahkan pasukan MB Inc. Turut hadir menyaksikan perlawanan adalah YBhg. Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Pengarah JPS Negeri Perak.

Tahniah Team Bola Sepak JPS Perak!!

gambar4   gambar5   gambar6

gambar7   gambar8   gambar9

PROGRAM 'ATE RIVER KOME'

gambar1   gambar2   gambar3

Manjung, 23 November 2019 - Program ‘Ate River Kome’ anjuran Universiti Teknologi Petronas dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung dan JPS Negeri Perak yang diadakan di S.K Seri Bayu dan Sungai Lumut Kanan, Seri Manjung, Perak.  Program ini bertujuan untuk pemulihan sungai & kempen bebas plastik di Sungai Lumut, Seri Manjung, Perak.

gambar4   gambar5   gambar6

gambar7   gambar8   gambar9

gambar10   gambar11   gambar12

PROGRAM EKSPLORASI SUNGAI PERAK

gambar1    gambar3    gambar2

Kuala Kangsar, 12 Disember 2019 - Program Kelestarian Sungai : Eksplorasi Sungai Perak. Melibatkan 32 buah bot dan bermudik ke hilir sejauh 60km. Program dirasmikan oleh YB Dr. Abdul Aziz bin Bari, Exco Pendidikan, Teknologi dan Alam Sekitar. Turut sama dihadiri oleh YBhg. Dato' Zainal Azman bin Abu Seman KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan YBhg. Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Pengarah JPS Negeri Perak.

gambar4   gambar5   gambar6

gambar7   gambar8   gambar9

gambar10   gambar11   gambar12

gambar13   gambar14   gambar15

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA KSU.

gambar1   gambar2   gambar3

22 Mac 2021, Ipoh - YBhg. Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Pengarah JPS Negeri Perak bersama-sama menjayakan Program Gotong-Royong bersama YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air di Pinggiran Sungai Kinta, Ipoh.

gambar4   gambar5   gambar9

gambar6   gambar7   gambar8

PROGRAM GOTONG-ROYONG DENAI SUNGAI KEBANGSAAN TAHUN 2021

gambar1   gambar2   gambar3

27 Mac 2021, Ipoh - Program Gotong-Royong Denai Sungai Kebangsaan Tahun 2021 sempena Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Perak dirasmikan oleh YB Dato' Haji Zolkafly bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Perak mewakili YAB Menteri Besar Perak diiringi YBhg. Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Pengarah JPS Negeri Perak. Turut hadir sama YB Tuan Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, YBhg. Dato' Rumaizi bin Baharin Datuk Bandar Ipoh, Pegawai Daerah dan Tanah Kinta, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Pengarah Perikanan Negeri Perak serta ketua Jabatan Negeri Dan Persekutuan.
Gotong-royong ini diadakan sempena Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2021 yang disambut setiap tahun pada 22 Mac, dan bagi tahun 2021 bertemakan 'Valuing Water'.

gambar4   gambar5   gambar6  

gambar7   gambar8   gambar9

gambar10   gambar11   gambar12

gambar13   gambar14   gambar15

PROGRAM KAYUHAN DENAI SUNGAI KEBANGSAAN (DSK) SUNGAI PERAK

gambar1    gambar2    gambar3

18 Mei 2024, Karai - Program Kayuhan Denai Sungai Kebangsaan 2024 telah diadakan bermula dari Living River Bike Trail Jambatan Victoria sehingga ke Kem Rekreasi Intan Suraya. YBhg. Mejar (K) Dato’ Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Ketua Pengarah JPS Malaysia telah mengetuai kayuhan diiringi bersama Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah JPS Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan serta jemputan pasukan basikal di mana keseluruhan penyertaan sejumlah 143 peserta hadir menyertai Kayuhan ini.

gambar4    gambar5    gambar6

gambar7    gambar8    gambar9

gambar10    gambar11    gambar12

PROGRAM KAYUHAN MEGA PERPADUAN PDRM PERAK 2023

gambar1   gambar2   gambar4.jpg

23 Julai 2023, Ipoh - Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Ir. Ts. Ahmad Shahrir Bin Md. Naziri bersama pegawai-pegawai JPS Negeri Perak telah menyertai KAYUHAN MEGA PERPADUAN PDRM PERAK 2023 yang diadakan di Stadium Indera Mulia Ipoh jam 7.00 pagi. Kayuhan adalah berkonsepkan ‘Fun Ride’ antara Warga PDRM Negeri Perak dengan masyarakat dan program ini bertujuan merapatkan lagi ukhwah selari dengan tema ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

gambar3.jpg   gambar5   gambar6

PROGRAM KAYUHAN SANTAI SUNGAI PERAK.

gambar1   gambar2   gambar3

Kuala Kangsar, 24 Disember 2020 - Program Kayuhan Santai Sungai Perak Bike Trail Victoria - Chenderoh dirasmikan oleh YBhg. Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Pengarah JPS Negeri Perak.

gambar4gambar5   gambar6

gambar7gambar8   gambar9

gambar10gambar11   gambar12

PROGRAM KECERGASAN FIZIKAL DAN KARNIVAL SUKAN JPS PERAK 2019

gambar1   gambar2   gambar3

Bagan Serai,  12 Oktober 2019 -Majlis Perasmian Kecergasan Fizikal dan Karnival Sukan JPS Perak Kali ke-11 Tahun 2019 dirasmikan oleh YBhg. Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Pengarah JPS Perak bertempat di JPS Daerah Kerian.

gambar4   gambar5   gambar6

gambar7   gambar8   gambar9

gambar10   gambar11   gambar12

PROGRAM KELESTARIAN SUNGAI 2019

gambar1   gambar2   gambar3

Ipoh, 14 November 2019 - Program Kelestarian Sungai 2019 telah diadakan secara berperingkat di semua daerah Negeri Perak.

12 November 2019 - Daerah Perak Tengah ( Sekolah Kebangsaan Sungai Perah )

13 November 2019 - Daerah Manjung ( Sekolah Kebangsaan Seri Manjung )

14 November 2019 - Daerah Larut Matang dan Selama

Objektif diadakan program ini adalah untuk;

1. Menimbulkan kasih sayang dan rasa 'ownership' pada sungai dan alam sekitar
2. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam melindungi sungai
3. Memupuk langkah dan amalan untuk mengekalkan keindahan sungai
4. Meningkatkan pengetahuan dan teknik dalam pemantauan kesihatan sungai melalui River Ranger

gambar4   gambar5   gambar6

gambar7   gambar8   gambar10 

  gambar9   gambar11   gambar12

gambar13   gambar14   gambar15

gambar16   gambar17   gambar18

gambar19   gambar20   gambar21

PROGRAM KELESTARIAN SUNGAI 2019 PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK DAN KERIAN

gambar1   gambar2   gambar3

Ipoh, 18 November 2019 - Program Kelestarian Sungai 2019 diteruskan hari ini di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Teluk Intan, Perak dan di Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh, Bagan Serai Daerah Kerian.

Objektif diadakan program ini adalah untuk:

1. Menimbulkan kasih sayang dan rasa 'ownership' pada sungai dan alam sekitar
2. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam melindungi sungai
3. Memupuk langkah dan amalan untuk mengekalkan keindahan sungai
4. Meningkatkan pengetahuan dan teknik dalam pemantauan kesihatan sungai melalui River Ranger

gambar4   gambar5   gambar6

gambar7   gambar8   gambar9

gambar10   gambar11   gambar12

gambar13   gambar14   gambar15

PROGRAM MEMASAK & AGIHAN BUBUR LAMBUK KELAB SUKAN IBU PEJABAT (KESIP), JPS NEGERI PERAK

gambar1    gambar2    gambar3

IPOH, 3 APRIL 2024 – Program Memasak & Agihan Bubur Lambuk Kelab Sukan Ibu Pejabat (KESIP), JPS Negeri Perak telah diadakan bertempat di Kantin Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan. Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Ir. Ahmad Shahrir bin Md. Naziri, Pengarah Jabatan Pengairan Saliran Negeri Perak yang sudi mengagihkan bubur lambuk kepada Ahli-ahli KESIP.

gambar4    gambar5    gambar6

gambar7    gambar8    gambar9

gambar10    gambar11    gambar12

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK DAN SESI PENYERAHAN.

gambar1   gambar2   gambar3

Ipoh, 17 Mei 2019 - Program Gotong-Royong Kacau Bubur Lambuk JPS Perak telah diadakan pada sebelah pagi manakala sesi penyerahan bubur lambuk dijalankan pada sebelah petang yang disampaikan oleh YDP dan NYDP KESIP.

gambar4   gambar5   gambar6   gambar7

gambar8   gambar9   gambar10   gambar11   

PROGRAM MENTERI BESAR BERSAMA RAKYAT

gambar1   gambar2   gambar2

17 Januari 2022, Ipoh - YAB Menteri Besar telah turun padang untuk meninjau Tapak Pembinaan Pam Air Sungai Pari di Pintu Gerbang Kg Manjoi, Tapak Hotspot Banjir Jalan Tali Api Kg Manjoi serta mendengar taklimat perihal Projek Tebatan Banjir Sungai Kinta dan projek cadangan Pembinaan Ban Sungai Tapah.

gambar4   gambar5   gambar6

gambar7   gambar8   gambar9

PROGRAM MENTERI BESAR PERAK BERSAMA RAKYAT (MESRA) DAERAH KERIAN

gambar1   gambar2   gambar3

9 Mac 2021, Parit Buntar - YBhg. Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Pengarah JPS Negeri Perak mengiringi YB Pengerusi JK Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam di Program Menteri Besar bersama Rakyat (MESRA) Daerah Kerian ke Ban RTB Sg. Kerian, Parit Buntar.

gambar4   gambar5

PROGRAM MENTERI BESAR PERAK BERSAMA RAKYAT (MESRA) DAERAH KERIAN - HARI KEDUA

gambar1   gambar2   gambar3

10 Mac 2021, Bagan Serai - YBhg. Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Pengarah JPS Negeri Perak mengiringi YAB Menteri Besar Perak bersama YB Pengerusi JK Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam di Program Menteri Besar bersama Rakyat (MESRA) Daerah Kerian.

gambar4   gambar5   gambar6

   gambar8    gambar7

Statistik Pelawat

  • Hari Ini347
  • Semalam610
  • Minggu Ini4133
  • Bulan Ini4133
  • Keseluruhan103522
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 07 April 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MyPublicInfoBanjir