FLAG OFF LORI BESERTA MUATAN PAM BERGERAK BAGI BANTUAN LOGISTIK KE NEGERI PAHANG

31 December 2024

  • Utama
  • FLAG OFF LORI BESERTA MUATAN PAM BERGERAK BAGI BANTUAN LOGISTIK KE NEGERI PAHANG

gambar1   gambar2   gambar3

31 Disember 2024, Ipoh - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak bersama-sama Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) Ipoh telah menghantar bantuan 1 unit pam end suction berkapasiti 5 cusec ke Negeri Pahang dengan menggunakan jentera & kakitangan daripada JPS Daerah Perak Tengah seramai 6 orang.

Ybhg. Pengarah JPS Negeri Perak, Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Hj Ishak telah melakukan flag off lori beserta muatan pam bergerak bagi bantuan logistik ke Negeri Pahang ini. Semoga usaha dan bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu krisis banjir yang sedang berlaku di kawasan pantai timur Malaysia khususnya di Negeri Pahang. Seluruh Warga kerja JPS Negeri Perak mendoakan agar perjalanan Pasukan dari JPS Daerah Perak Tengah berjalan lancar dan selamat sampai ke destinasi.

gambar4   gambar5

mds-smll
  • Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

© 2025 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MYHRMIS MOBILE