22 Jun 2025, Kuala Kangsar - Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia telah mengadakan Program Kesedaran Sumber Air bagi Program Water Balance Pengurusan Sumber Air Negara (Fasa 1) atau dikenali dengan nama (NAWABS) National Water Balance Management System telah diadakan di Daerah Kuala Kangsar.
Dua buah sekolah telah dipilih bagi penganjuran dua hari program ini berlangsung iaitu Malay College Kuala Kangsar dan SMK Raja Perempuan Kelsom. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran berkaitan kepentingan menguruskan sumber air dengan efisien dalam kehidupan seharian dan kelangsungan kehidupan generasi yang akan datang.
Tuan Ir. Mat Pua'at bin Mat Hussein, Pengarah Bahagian Sumber Air dan Hidrologi, JPS Malaysia telah hadir ke majlis penutup ini sambil diiringi bersama Pengarah JPS Perak, Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, Encik Ahmad Sabri bin Abdul Ghani, Pengetua SMK Raja Perempuan Kelsom, Pengetua Malay College Kuala Kangsar dan Jurutera Daerah JPS Kuala Kangsar.