23 Jun 2025, Ipoh - Mesyuarat Pengurusan JPS Negeri Perak Bilangan 2 Tahun 2025 telah diadakan di Hotel Kinta River Front, Ipoh.
Tuan Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak telah mempengerusikan mesyuarat ini dan dihadiri bersama Timbalan Pengarah I, Puan Ir. Hajah Azizah binti Mohd Sabri ; Timbalan Pengarah II, Puan Zamzamzurina binti Zainun; Ketua- ketua Bahagian ; Jurutera-jurutera Daerah, Penolong Jurutera Daerah serta Pegawai-pegawai JPS Negeri Perak.
Objektif mesyuarat pengurusan ini dibuat adalah untuk memastikan urusan perbelanjaan peruntukan dapat dibelanjakan dan memastikan segala perancangan yang dirancang pada tahun ini dapat berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.