Ipoh, 15 Oktober 2020 - Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Last Call Jer (JPS Daerah Larut, Matang dan Selama) dengan produk Inovasi Eco Waste Bin (EWB) dan Kumpulan Fast-T (JPS Daerah Hilir Perak) dengan produk Botol Penahan (BOPE) kerana telah memenangi Anugerah Potensi Inovasi sempena Anugerah Inovasi Negeri Perak Tahun 2020 di mana anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Hj. Ahmad Azumu, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pencerahan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan pelaksanaan Akaun Amanah Sumbangan Saliran, Kerja Kecemasan dan Luar Jangka. Selain itu, bengkel ini juga turut memfokuskan kepada penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaannya selepas ini akan lebih efektif.
Kota Bharu, Kelantan, 24 Oktober 2019 - Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia 2019 berlangsung di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan.
JPS Negeri Perak telah menerima anugerah-anugerah berikut :
Tahniah dan Syabas JPS Negeri Perak!
Kuantan, 1 Oktober 2020 - Tahniah diucapkan kepada Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal JPS Negeri Perak dan JPS Daerah Perak Tengah di atas kejayaan merangkul Tempat Pertama bagi Anugerah Pengurusan Projek Pembinaan Terbaik JPS Malaysia Tahun 2020 untuk Projek Menaiktaraf Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal untuk Kawalan Banjir di Parit 6, Daerah Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan sempena Hari Inovasi JPS Malaysia Tahun 2020 yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan Pahang.
Lenggong, 26 September 2022 - Majlis Perasmian Hari Sungai Sedunia dan Jelajah Denai Sungai Peringkat Negeri Perak Tahun 2022 dan Sambutan Ulang Tahun ke 90 Jabatan Pengairan dan Saliran telah diadakan di Dataran Tasik Raban, Lenggong serta dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad.
22 Julai 2021, Ipoh - Ibadah korban dilaksanakan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan JAIPk. Tiada majlis penyerahan daging korban dilakukan. Daging korban terus diagihkan kepada wakil setiap bahagian.
Ipoh, 16 Februari 2023 - Kunjungan hormat oleh YB Sandrea Ng Shy Ching , Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak bersama YB Mohd Azlan Helmi bin Helmi, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO ke JPS Negeri Perak. Pelbagai buah fikiran dan idea dikongsikan bersama bagi memantapkan lagi mutu perkhidmatan kepada Rakyat Negeri Perak. Semoga hubungan baik ini akan terus diperkukuh.
17 Ogos 2023, Putrajaya -Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Ir. Ts. Ahmad Shahrir Bin Md. Naziri bersama Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, Y.B Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Bin Jamaluddin telah melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim, Y.B Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad. Tujuan kunjungan hormat ini dilakukan bagi membincangkan pelbagai usaha yang dapat dilaksanakan bagi memastikan rakyat Negeri Perak mendapat keselesaan dan kesejahteraan hidup.
28 Julai 2023, Ipoh - Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Ir. Ts. Ahmad Sharir Bin Md. Naziri bersama Timbalan Pengarah I JPS Perak, Ir. Ts. Vasukey a/p Palany Kumar dan Ketua Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian JPS Perak, Puan Nur Ain Binti Alias telah melakukan kunjungan hormat kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, YB Dato' Azmir Shah Bin Zainal Abidin.
Kunjungan ini adalah bagi merapatkan ukhwah di antara Pejabat Undang-Undang Negeri Perak dan JPS Negeri Perak bagi memastikan rakyat Negeri Perak mendapat manfaat dan keselesaan serta kesejahteraan hidup.
Ipoh, 7 Jun 2023 -Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Ir. Ts. Ahmad Shahrir Bin Md. Naziri melakukan kunjungan hormat kepada Pengarah Kastam Negeri Perak, Y.Bhg. Dato' Abdul Ghafar Bin Mohamad. Lawatan ini bagi memperkukuhkan hubungan di antara jabatan dan agensi demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Negeri Perak.
27 Julai 2023, Ipoh - Pengarah Pengairan Dan Saliran Negeri Perak, Ir. Ts. Ahmad Shahrir Bin Md. Naziri telah melakukan kunjungan hormat kepada Pengarah Plan Malaysia@Perak, Gs. Mohamed Zamri Bin Mohd Zain dan disertai oleh Puan Sumiliana Binti Sulong serta Puan Eda Edayu Binti Anuar daripada Bahagian Saliran Bandar Dan Tebatan Banjir JPS Negeri Perak.
Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk melakukan jalinan kerjasama 2 hala antara agensi bagi memastikan segala projek-projek yang dirancang oleh JPS Negeri Perak dapat dilaksanakan dan memberi perkhidmatan yang sempurna kepada seluruh rakyat Negeri Perak.