Kemaskini Terakhir: 25 April 2024.

LAWATAN KE KAWASAN BANJIR KILAT SEKITAR DUN SUNGAI RAPAT

Jumlah paparan: 577

gambar1   gambar2   gambar3

Ipoh, 14 Julai 2022 - Satu lawatan bersama YB Dato' Zolkafly bin Harun, YB Dato' Seri Ir. Nizar, DUN Sungai Rapat, Pegawai Kanan JPS Perak, Jurutera Daerah Saliran MBI serta Dato' Hang Tuah KUB Gopeng melawat ke tempat berisiko banjir di kawasan perumahan Sungai Rapat yang melibatkan Sungai Pinji dan Sungai Rapat. Hasil daripada lawatan ini, pihak JPS Perak bercadang untuk menyediakan kolam tadahan tambahan di kawasan tersebut bagi mengurangkan risiko banjir kilat. Seterusnya, menyelenggara dan membersih kawasan semak dan rumput dalam Sungai Pinji dan Sungai Rapat yg menyekat laluan air dan sampah. Pihak MBI pula akan menyelenggara kawasan-kawasan tadahan di kawasan sekitar perumahan Sungai Rapat.

gambar4   gambar5   gambar6

Tags: Berita