Saliran Bandar Dan Tebatan Banjir
Kemaskini Terakhir: 27 November 2019.

Saliran Bandar Dan Tebatan Banjir

Jumlah paparan: 104

Objektif

Menyediakan sistem saliran utama yang berkesan untuk tebatan banjir bagi melindungi penduduk dan harta benda dari ancaman banjir serta menggalakkan dan menyokong peraturan dan amalan-amalan saliran yang baik dan pemeliharaan alam semula jadi.

Aktiviti

  • Perancangan dan perlaksanaan program-program pembangunan saliran bandar dan tebatan banjir.
  • Merekabentuk kerja-kerja kejuruteraan untuk saliran bandar dan tebatan banjir.
  • Pemantauan dan penyelarasan program-program saliran.
  • Menyediakan ulasan teknikal ke atas permohonan pembangunan tanah yang meliputi pelbagai peringkat termasuk permohonan tanah, tukar syarat, permohonan kelulusan pelan susunatur, pelan jalan & perparitan dan sijil layak diduduki.
  • Menyediakan ulasan teknikal Laporan EIA projek-projek pembangunan.

 Projek-Projek Rancangan Tebatan Banjir


RANCANGAN TEBATAN BANJIR TELUK INTAN

TAJUK : MEMBINA DAN MENYIAPKAN PINTU KAWALAN PASANG SURUT T18-YZ DI JAJARAN PEPARITAN Z DAN KERJA BERKAITAN DI DAERAH HILIR PERAK, PERAK DARUL RIDZUAN.

TARIKH MILIK TAPAK : 13.07.2009
TARIKH SIAP : 10.04.2010
TEMPOH KONTRAK : 26 MINGGU

RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI TUPAI

TAJUK : MENAIKTARAF BAN SG. TUPAI SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN,
DAERAH LARUT, MATANG DAN SELAMA TAIPING PERAK DARUL RIDZUAN.

TARIKH MILIK TAPAK : 20.05.2009
TARIKH SIAP : 26.05.2010
TEMPOH KONTRAK : 52 MINGGU


RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI KANGSAR / SG. LAWIN

TAJUK : CADANGAN MENAIKTARAF SUNGAI KANGSAR FASA 1 PERINGKAT 2,
DAERAH KUALA KANGSAR PERAK DARUL RIDZUAN.

TARIKH MILIK TAPAK : 25.08.2009
TARIKH SIAP : 26.04.2010
TEMPOH KONTRAK : 35 MINGGU


RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI PARI

TAJUK : KERJA-KERJA PEMULIHARAAN SEMULA SUNGAI DAN KERJA-KERJA
LAIN YANG BERKAITAN DI SG. PARI DAERAH KINTA BATANG PADANG.

TARIKH MILIK TAPAK : 08.10.2009
TARIKH SIAP : 27.12.2009


Projek-Projek Saliran Bandar


TAJUK : PEMULIHARAAN SUNGAI SELUANG B DAN KERJA-KERJA BERKAITAN, DI DAERAH PERAK TENGAH. SERI ISKANDAR, PERAK DARUL RIDZUAN.

TARIKH MULA : 16.07.2010
TARIKH SIAP : 14.07.2010

gallery

gallery

gallery

gallery

gallery

gallery

gallery

gallery