Perutusan Pengarah
Kemaskini Terakhir: 27 November 2019.

Perutusan Pengarah

Jumlah paparan: 125

pengarah

Terima kasih kerana sudi melayari laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak. Adalah diharapkan laman ini akan memberi maklumat dan penerangan yang jelas mengenai fungsi serta perkhidmatan yang diberikan oleh JPS bagi pengunjung laman ini.

JPS Negeri Perak telah diamanahkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi pengairan, saliran pertanian, kejuruteraan sungai, saliranbandar, kejuruteraan pantai, khidmat sokongan serta hidrologi dan sumber air untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Sebagai agensi utama yang bertanggungjawab menerajui usaha-usaha melaksanakan program-program pembangunan di luar bandar dan kawasan bandar. JPS Negeri Perak akan sentiasa dan sedia berkhidmat ke arah kecemerlangan dalam perancangan pembangunandan pengurusan sumber air negara demi mencapai pertubuhan pertanian dan sosio-ekonomi yang mampan selaras dengan wawasan negara.

Saya mengalu-alukan pandangan serta cadangan bagi memperkaiki lagi kandungan ini dan akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan selaras dengan wawasan JPS untuk menjadi sebuah organisasi yang bertaraf dunia.

Selamat melayari laman web JPS Perak.

Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, PEng, FIEM, MIQM, MRCA, MPMI, PMP
Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak