Pengenalan
Kemaskini Terakhir: 27 November 2019.

Pengenalan

Jumlah paparan: 428

Jabatan Pengairan Dan Saliran yang dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Parit dan Taliair (JPT), telah ditubuhkan pada tahun 1932 dan diberi tanggungjawab untuk menyediakan infrastruktur tanaman padi.

Pada tahun 1971, banjir besar telah melanda Kuala Lumpur dan merosakkan banyak harta benda. Berikutan kejadian ini, tebatan banjir telah dijadikan tanggungjawab tambahan kepada Jabatan daripada tahun 1972 dan seterusnya.

Sejak tahun 1986, kejuruteraan pinggir laut juga telah menjadi fungsi tambahan bagi JPT. Penjenamaan semula Jabatan Parit dan Taliair (JPT) kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berlaku pada tanggal 15 Mac 1989. JPS juga telah berpindah kementerian dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 27 Mac 2004. Kini tugas-tugas utama JPS termasuklah pengurusan sumber air dan hidrologi, pengurusan lembagan sungai dan zon pantai dan saliran mesra alam.

Negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai Lembangan Sungai yg luasnya meliputi 70% daripada keluasan Negeri Perak iaitu 20,343 km persegi. Manakala terdapat 800 batang sungai termasuk anak sungai dan 11 lembangan sungai utama dengan 48 sub-lembangan.