Kemaskini Terakhir: 17 April 2024.

SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA TAHUN 2023 PERINGKAT KEBANGSAAN

Jumlah paparan: 942

gambar1   gambar2   gambar4.jpg

Ipoh, 11 Mac 2023 - Telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Indera Mulia Ipoh. Majlis pada kali ini bertemakan 'accelerating change'. Tema ini memberi penekanan kepada peranan setiap individu, kerajaan dan juga masyarakat untuk bersama berganding bahu dalam mempercepatkan perubahan untuk menangani krisis air dan sanitasi. Perasmian sambutan pada hari ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) turut hadir bersama sepanjang majlis sambutan dilaksanakan. YAB Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Tesis Air dan Anugerah Wadi Sumber Air Bawah Tanah kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan dalam pengurusan sumber air.

Turut hadir bersama ialah YB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak mewakili YAB Menteri Besar Perak, YBhg. Dato’ Rosli Hj. Isa, Ketua Setiausaha NRECC, YBhg. Dato’ Ir. Dr Md. Nasir Md. Noh., Ketua Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) serta pegawai-pegawai tertinggi kementerian, jabatan dan agensi.

Pautan Video : https://youtu.be/qXqrXpafyqU

gambar4  gambar5  gambar6

Tags: Berita