Kemaskini Terakhir: 28 February 2024.

MAJLIS PROGRAM PENGOPERASIAN SISTEM MEKANIKAL & ELEKTRIKAL RUMAH PAM SUNGAI BEROF

Jumlah paparan: 204

gambar1   gambar2   gambar3.jpg  

Muallim, 13 Jun 2023 - Pengarah Pengairan Dan Saliran Negeri Perak, Ir. Ts. Ahmad Shahrir Bin Md. Naziri telah sudi meluangkan masa bagi menghadiri Majlis Program Pengoperasian Sistem Mekanikal & Elektrikal Rumah Pam Sungai Berof bertempat di Rumah Pam Sungai Berof Daerah Muallim, Perak Darul Ridzuan.
Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Encik En. Ethan Law, Pegawai Khas Ahli Parlimen Tanjung Malim mewakili Menteri Tenaga Sains, Teknologi dan Inovasi. Yang Berhormat Puan Salina Binti Samsuddin, Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang. Yang Dihormati Toh Paduka Setia, Dato' Ir. Dr. Safry Kamal bin Hj Ahmad, Orang Besar Jajahan Muallim. Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi, Jurutera Daerah JPS dan JKR Daerah Kinta & Muallim.

gambar4  gambar5  gambar6

Projek ini dilaksanakan dengan objektif untuk mengawal dan mengurangkan banjir yang sering berlaku terutama di kawasan perumahan dan juga kawasan perindustrian. Di samping itu juga, ianya bertujuan untuk memastikan air pembuangan dari longkang atau parit dapat mengalir ke sungai dengan lancar dan sempurna.

gambar7  gambar8

Tags: Berita