Kemaskini Terakhir: 29 April 2024.

PROGRAM SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2023

Jumlah paparan: 245

gambar1-1   gambar1-2

gambar1   gambar2   gambar3.jpg

24 September 2023, Ipoh - Program Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Perak dan Pelancaran Sahabat Lembangan Sungai Kinta telah diadakan pada hari ini bertempat di Taman Rekreasi Kolam Sungai Pinji, Ipoh, Perak. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat, Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Bin Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air Dan Pengangkutan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan dan turut dihadiri oleh Yang Berhormat Encik Muhamad Arafat Varisai Mahamad, Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta, Yang Berusaha Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Tuan Ir. Ts. Ahmad Shahrir Bin Md. Naziri, Yang Berusaha Tuan Meor Hezbullah Bin Meor Abd Malik, Pegawai Daerah Kinta, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Ipoh, Yang Berusaha Encik Ahmad Munir Bin Ishak, Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh, Yang Berusaha Encik Faizal Parish, Pengarah Global Environment Centre (GEC) dan Yang Berusaha Professor Zita Mohd Fahmi, Naib Cansellor Quest International University.

gambar4   gambar5   gambar6.jpg

Tema Sambutan Hari Sungai Sedunia pada tahun ini ialah ‘Alur Air dalam Komuniti Kita’ atau ‘Waterways in Our Community’. Pelbagai aktiviti bersama komuniti setempat telah dijalankan. Semoga dengan sambutan seperti ini dapat memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Negeri Perak tentang betapa pentingnya sungai dalam kehidupan seharian.

gambar7   gambar8   gambar9.jpg

gambar10   gambar11   gambar12.jpg

gambar13   gambar14   gambar15.jpg

Tags: Berita