Kemaskini Terakhir: 29 April 2024.

MAJLIS PENUTUP PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KARNIVAL SUKAN KE XVI JPS MALAYSIA TAHUN 2023

Jumlah paparan: 292

gambar1   gambar2   gambar3.jpg

1 Oktober 2023, Ipoh - Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Kontingen JPS Negeri Johor kerana telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Karnival Sukan Dwi Tahunan JPS pada tahun 2023, manakala Naib Johan telah dirangkul oleh Tuan Rumah kejohanan sukan JPS ini iaitu JPS Negeri Perak dan Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan JPS Negeri Selangor. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Bisnes, Dato' Ir. Sabri bin Abdul Mulok bersama Ketua Pengarah JPS dan Pengarah-Pengarah Bahagian dan Negeri JPS. Terdahulu, majlis penutup ini dimulakan dengan Perlawanan Akhir Bola Sepak bertempat di Stadium Ragbi Perak, Ipoh, Perak di antara pasukan JPS Negeri Kedah dan JPS Negeri Sarawak. Perlawanan berakhir dengan markah 1-1 dan dimuktamadkan dengan sepakan penalti yang memberi kejuaraan kepada pasukan JPS Negeri Sarawak.

gambar4   gambar5   gambar6.jpg

Penyerahan bendera kejohanan sukan JPS juga telah disampaikan oleh Ketua Pengarah JPS kepada Pengarah JPS Negeri Pulau Pinang selaku tuan rumah bagi kejohanan Sukan JPS bagi tahun 2025.

gambar7   gambar8   gambar9.jpg

Syabas dan Tahniah kepada JPS Negeri Perak di atas penganjuran acara sukan yang gilang gemilang ini .

gambar10   gambar11   gambar12.jpg

Tags: Berita