Kemaskini Terakhir: 25 April 2024.

PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN SIRI 2 TAHUN 2024

Jumlah paparan: 113

gambar1   gambar2   gambar3

8 Februari 2024, Bagan Serai - Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Siri 2 Tahun 2024 yang dianjurkan pada setiap bulan oleh Kerajaan Negeri Perak telah diadakan di Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, Bagan Serai. Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Tuan Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md. Naziri telah hadir serta diiringi dengan Jurutera Daerah JPS Daerah Kerian, Tuan Mohd Fisham bin Abu Basah serta pegawai-pegawai yang turut sama hadir pada Program kali ini.

Program diteruskan dengan lawatan ke tapak bersama Yang Berhormat Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Perak ke Kg. Matang Gerdu bagi meninjau permasalahan petani-petani setempat terutama berkaitan infrastuktur pengairan dan saliran.

gambar4   gambar5   gambar6

gambar7   gambar8   gambar9

   gambar11   gambar12

Tags: Berita