Kemaskini Terakhir: 29 April 2024.

MAJLIS BERBUKA PUASA YAB MENTERI BESAR PERAK BERSAMA PENJAWAT AWAM NEGERI PERAK TAHUN 2024

Jumlah paparan: 106

gambar1    gambar3

IPOH, 13 MAC 2024 - Pengarah Pengairan dan Saliran serta warga kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak telah hadir ke Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar Perak Bersama Penjawat Awam Negeri Perak Tahun 2024 yang berlangsung di Laman Seri Ridzuan. Majlis yang diadakan sekitar jam 6.30 petang itu dimulakan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad serta bacaan doa dan tahlil sebelum waktu berbuka puasa.

Pada majlis ini juga, YAB Menteri Besar telah mengumumkan berita gembira buat penjawat awam Negeri Perak dengan pemberian Bantuan Khas Kewangan Raya berjumlah RM 1,000 sempena menyambut ketibaan Aidilfitri yg bakal menjelang kelak.

    gambar2     gambar4.jpg

Tags: Berita