PPSN MENINJAU KAWASAN DAN BILIK GERAKAN BANJIR DI DAERAH LARUT, MATANG DAN SELAMA

24 Oktober 2025, Taiping - YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak terus bergegas ke Taiping sejurus dimaklumkan kawasan di sekitar Daerah Larut, Matang dan Selama dinaiki air banjir setelah cuaca hujan yang berpanjangan sejak semalam. Beberapa tempat telah dilawatI diantaranya di kawasan Kampung Changkat Larah.
 
Satu mesyuarat tergempar juga telah diadakan pagi tadi di Bilik Gerakan Banjir Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama yang telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah LMS, Tuan Mohd Nasrul bin Menhat bersama-sama ketua jabatan dan agensi daerah yang terlibat.
 
Turut hadir bersama adalah Jurutera Daerah JPS LMS, Encik Fazli bin Ali Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, Ir. Baharuddin bin Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan Sumber Air, Hidrologi dan Empangan, Encik Hafiz bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Korporat, Ir. Mohd Shamimi bin Mohd Tahir serta Penolong Jurutera Daerah JPS LMS, Ts. Zul Haimi Bin Kamal.
 
Beberapa kawasan di Perak dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak pagi semalam membabitkan Daerah LMS serta Manjung dengan 22 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 2,171 mangsa daripada 759 keluarga setakat 8 pagi tadi.

Operation Hour

Monday -
Thursday
Office Hours: 8.00 am - 5.00 pm Break: 1.00 pm - 2.00 pm
Friday Office Hours: 8.00 am - 12.15 pm 2.45 pm - 5.00 pm Break: 12.15 pm - 2.45 pm
Saturday &
Sunday
Close

Visitor Statistics

  • Today370
  • Yesterday738
  • This Week5991
  • This Month15319
  • Total154617
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Last Updated : 16 June 2026.

© 2026 Department of Irrigation and Drainage, State Of Perak