Kemaskini Terakhir: 25 April 2024.

Sg. Perak Istimewa

Jumlah paparan: 1882

Dalam tahun 2006 JPS Negeri Perak telah mengadakan Ekspedisi Sg. Perak dengan menyusuri Sg. Perak dari hulunya di Hutan Belum di Daerah Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Muara Sg. Perak di Daerah Hilir Perak. Lanjutan dari ekspedisi tersebut Seminar Pengurusan Lembangan Sg. Perak Secara Bersepadu telah diadakan pada tahun yang sama. Dari sini lahirlah cadangan program Sg. Perak Istimewa yang bertujuan menggerakkan pelbagai usaha untuk mempromosikan dan menyerlahkan lagi keistimewaan Sg. Perak.

Kajian untuk merealisasikan potensi Sg. Perak dalam pelbagai bidang sedang dibuat. Kajian yang antara lain untuk mengenalpasti pelan tindakan dan projek-projek bagi menyediakan pelbagai kemudahan untuk menarik orang awam menikmati, menghargai dan bersama-sama memelihara Sg. Perak.

Infrastruktur / Kemudahan / Tempat Menarik :-

  • Dataran JPS, Kuala Kangsar (JPS)
  • Jeti Sg. Perak di R&R Sg. Perak, Kuala Kangsar (JPS, 2010)
  • Sayong Riverfront (NCER, sedang dibina)
  • Beting Beras Basah, Bagan Datoh (Semulajadi)
  • Pusat Konservasi Tuntung, Bota Kanan (PERHILITAN, 1968)
  • Kuala Kangsar Bandar DiRaja
  • Pulau Indera Sakti, Kg. Gajah (Semulajadi)
  • Jambatan Victoria, Karai (1897, KTMB)
  • Kem Intan Suraya
  • Empangan Chenderoh (TNB)
  • Taman Negeri Royal Belum (2003)
  • Resort Sungai Perak, Kuala Kangsar (1998, MDKK)
  • Kompleks Sejarah Pasir Salak, Kg. Gajah (1990)
  • Tujuh Kuala Sungai di Sg. Perak untuk Air Bersiram Tabal

Peristiwa

  • Taklimat Pengurusan Lembangan Sg. Perak Bersepadu (1 Mac 2011)
  • Lawatan kerja KP ke Sg. Perak (19 Feb. 2011)