Kemaskini Terakhir: 15 April 2024.

JPS @ Komuniti

Jumlah paparan: 1346

jps@komuniti adalah satu pendekatan sub-basin yang sistematik dan bersepadu, dalam menyelesaikan 7 isu berkaitan JPS dalam seluruh daerah dengan cepat, mesra komuniti dan efektif dibawah kepimpinan Jurutera Daerah dan pada masa yang sama menerima sokongan sepenuhnya dari JPS Negeri dan JPS Malaysia. jps@komuniti menggunapakai kaedah DEEP (Describe, Explain, Evaluate, Prescribe) yang direkabentuk secara sistematik sebagai satu alat pengurusan.

Tujuh isu utama yang berkaitan dengan bidang tanggungjawab JPS ialah isu banjir, pengurusan sungai dan koridor sungai, zon pantai, sumber air, saliran mesra alam, sistem amaran banjir, pengairan dan saliran pertanian.

Sungai dibawah program jps@komuniti :-

Daerah Nama Sungai Panjang (KM) Kualiti Air Sungai
Kelas 
Kerian Sg. Semang 5.7 III 
Larut Matang dan Selama  Sg. Batu Tugoh 10.9 II
Kuala Kangsar  Sg, Kangsar  20.0  II 
Hulu Perak Sg. Lenggong  10.0  II
Perak Tengah  Sg. Parit  3.2  III
Manjung  Sg.Dendang  11.0  II 
Kinta  Sg. Pari  28.8  III 
Batang Padang  Sg. Slim  22.4  II
Kampar Sg. Dipang  57.6 
Hilir Perak  Sg. Bidor  67.0  II 

Peristiwa